Follower

Wednesday, December 28, 2011

Spaghetti Bolognese Ala Melayu..


Jom main masak-masak!!

Harini ibu nak cerita pasal Spaghetti Bolognese ala Melayu. Air tangan ibu semalam sebenarnya. Semalam ibu cuti, tapi ayah tak cuti. Jadi ibu nak masak yang ringkas tapi sedap. Memandangkan ayah dah bagi tau awal-awal tak balik makan, maka ibu ambil kesempatan nak masak yang ala western gitu. Almaklum, ayah tu pencinta budu. Jadi setakat spghetti ni tak berapa nak pandang sebenarnya. Cuma kalau isteri dia yang cantik ni masak, dia terpaksa la makan. Ha ha ha..

Ibu buat keputusan nak masak spaghetti je.. Memandangkan ibu dan anak-anak tak berapa suka rasa oregano atau italian herb tu, ibu buatlah ala-ala Melayu. Dah nama pun ala Melayu tak ada lah letak herba tu semua, keju pun tak letak, susu pun tak letak. Letak cili giling sikit.. Hasilnya, mmmmm lazatttt (kata Yusuf dan Maryam tau!!)


Walaupun ala Melayu tapi terasa Henglishnya.. sebab makan dengan pinggan Henglish.. Hi hi..


Cepat-cepat tangkap gambar, sebelum comot. Air pun tak sempat tuang..

Ibu kongsikan di sini resepinya ya.. Mana tahu ada adik-adik baru kahwin baru nak belajar masak kan. Kalau otai-otaini tak pandang dah resepi. Petik jari je makanan dah masak. Eh, ye ke? kalau ada memang ada magic la tu.. Mestilah kena masak juga.

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE ALA MELAYU CARA MUDAH

Bahan-bahannya: (untuk 4 orang makan)

250 gram spaghetti
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan bawang merah dan putih kisar
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan gula
1 tin sos spageti tomato (300 gram)
200 gram daging cincang
2 batang sosej ayam
1 tin air (gunakan tin sos spageti tomato)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti hingga lembut. masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Kemudian toskan..

2. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau rata..

3. Masukkan daging cincang dan gaul sehingga mesra dengan bahan tumis.

4. Masukkan sos spageti dan air. Biarkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

5. Masukkan sosej yang telah dipotong dan perasakan dengan garam.

6. Sedia untuk dihidangkan. (Masukkan spageti dalam pinggan dan curah kuah ke atasnya. Ada juga yang terus gaul dalam kuali, terpulang pada kehendak masing-masing)

Nota ibu:

* Jika suka pedas tambahkan lagi cili giling. 1 sudu makan sudah secukup rasa untuk kanak-kanak makan.

* Ibu letak gula untuk seimbangkan rasa pedas dan masam sos.

* Ibu guna bawang yang dah siap-siap blend tu je. kalau merujuk resepinya yang betul guna bawang cincang tau!!

**********

Ps; sama tak cara anda semua dengan cara ibu? Ibu main campak-campak je sebenarnya, tapi ingat la kuantitinya sebab nak masuk dalam blog.. (senyum!!)



14 comments:

  1. lebih kuranglah caranya macam saya buat, saya pun kurang gemar letak herb english cam oregano dsb..Nampak sedap jugak tu..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya set pinggan mangkuk yang digunakan...hehe.

    Samalah dengan Nida, kalau buat spaghetti mesti letak cili sikit sebab nak rasakan pedas.. maklumlah tekak Malayu tetap tak hilang..:)

    ReplyDelete
  3. lebih kurang lah juga :) cuma pasni nak try resepi k.zefa lah...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    wahhh masuk sini nampak spageti, sedap lah, anak2 nani dah mula request spageti ni.. tapi mamanya sibok.. tak sempat nak singgah kedai beli bahan.. ehehe.. ;) weekend ni leh la wat spageti ye.. :)

    ReplyDelete
  5. sy tak pandai btol nak berspagetti..kalau jd pun,mesti jd cm mee goreng heheh

    ReplyDelete
  6. salam,

    sedap nama anak2 awak

    very nice deco :)

    ReplyDelete
  7. lebih kurang sama je cara kita kak, tp ni bukan bolognese kot,klu bolognese tu letak susu kan..

    lama dah tak masak spageti.teragak plak.hehe..

    ReplyDelete
  8. blm pernah cuba lg. setakat masakan lain tu main cmpk2 jgk smp kdg2 tu tak ingat ltk pe. resepi br snd buat snd lupa. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya....pinggan pun cantik hihihi

    ReplyDelete
  10. salam kenal kembali.. :)

    sedapnya spaggeti.. salah satu makanan feveret sy.. :)

    ReplyDelete
  11. cantik pinggan kak zefa, makan ikan kering pun lalu kalau makan dalam pinggan ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. nmpk sedap..waaa cantik set pinggan akk..:)

    ReplyDelete
  13. sedapnya.. hehe. sy dah follow.. tahnkz cz sudi follow sy.. :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...