Follower

Thursday, December 1, 2011

Muhammad Yusuf Nabhan 7 Tahun.. Part 2..


Khamis.. Taska tutup 4 hari.. Ibu cuti..

Ini entry sambungan untuk entry malam tadi.. Dah mengantuk sangat punya pasal, maka terpaksalah sambung pagi ni. Hihi.. Pendekkan cerita, semalam hari lahir Muhammad Yusuf Nabhan yang ke 7. Jadi malam tadi kami bawa anak-anak jalan-jalan cari hadiah dan makan-makan. Cerita makan-makan dah cerita di entry malam tadi.

Ibu dan ayah bawa anak-anak ke The Store di Plaza Alam Sentral. Mula-mula besday boy nak mainan.. Okeylah, kami pun bawa dia ke tempat mainan. Tapi kesian sangat dia, apa yang dia nak semua ayah tak setuju. Sebenarnya ibu dah sediakan peruntukan, apa je yang dia nak walaupun mahal ibu akan belikan. Tapi biarlah sesuatu yang bermanfaat dan sesuai dengan usianya. Cuma malam tadi apa yang dia tunjuk, semua ayah tak berkenan. Bagi ayah kalau setakat beli kereta-kereta kecik, tapi harga puluh-puluh, kemudian dia bukan main pun, baik tak payah. Ada juga mainan yang dia nak, ibu pula yang tak setuju.

Yusuf anak yang dengar kata, ibu dan ayah kata tak mahu, tak mahulah. Sudahnya.. Meh tengok apa yang dia pilih..

v

v

v

 CD game dengan set alat tulis Ultraman. Kalau ikutkan ayah, Ultraman tu pun ayah kata tak payah, ayah kata tak berkualiti. Tapi ibu belikan juga..

Harganya?


Dua benda ni tak sampai RM20.00 pun.. Tak apa abang, nanti ibu belikan hadiah lain ye. Tapi ibu kena pergi seorang-seorang je tau.. Haha.. Baru senang nak pilih..

Tapiiiiii..
Hmmm.. ada seorang budak perempuan tu kan, dia sudah sangat lebih dari besday boy. Yang ini, kalau dia nak, maka nak lah. Ibu kata tak boleh pun dia nak juga.

Tengok apa yang dia dapat..

v

v

v


 Bukan satu, malah 2.. huhu..


 Aduhai anak.. kalaulah ibu ni tak berkerja, tak ada RM sendiri, bergolek-golek la awak kat pasaraya tu agaknya sebab tak dapat apa yang dihajat (tapi setakatni tak ada la sampai golek-golek, hihi.. paling-paling pun dia huwaaaaaaa.. ngeh ngeh..). Ayah geleng kepala tengok harganya..


Walaupun anak solehah yang seorang ni selalu buat ibu bersedih hati dengan sikapnya, tapi ada sesuatu pada dia yang mengubat hati ibu.. Dia cerdik dan rajin. Masa gambarni diambil, jam dah pukul 10.30 malam dah pun. Tapi dia semangat nak rasmikan kaler barunya..

Dada ibu sebak.. Allah kurniakan ibu anugerah yang tidak ternilai. Tapi ibu selalu tewas dengan perasaan hanya kerana sekecil-kecil ujian dariNya. Allahu Akbar..

Hakikatnya, utuk mencari kesempurnaan adalah sukar. Namun sama-samalah kita berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita. Pesanan ibu Yusuf dan Maryam buat diri sendiri..

Ibu boleh!!

Ps: Nak tengok apa isi katil baby dalam bilik Maryam? Klik n3 Intai Bilik Anak Dara.




10 comments:

  1. Mainan adik lebih dari abang ni.... hehehe apapun anak-anak adalah penawar suka duka hidup kita...

    ReplyDelete
  2. Mesti anak2 berasa seronok dpt hadiah kan.... saya pun tak beli lagi hadiah birthday utk anak2 saya sebab kalau beli seorang mesti kena beli utk yg lain. Jadi tunggu cukup tahun ni saya kena beli utk ke empat-emaptnya semua...baru adil sikit

    ReplyDelete
  3. ibu ni, kalau anak nak apa mesti akan usahakan untuk dapatkan, semangatnya dia mewarna malam2 tu

    ReplyDelete
  4. adik maryam punya birthday nanti takde hadiah ok!haha jgn mare...

    abang yusuf baik sgt,mendengar kata..:)

    ReplyDelete
  5. Ups, adik selalu menang da..bukan adik selalu mamang.hikhik

    ReplyDelete
  6. hepi besday yusuf, semoga menjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat...

    kasih ibu, brbeza dgn ayah...trkdg kita cpt cair dgn prmintaan anak...yg pnting anak2 hepi..
    Dalam mendidik anak mmg kita akn diujian dan dihadiahkan dgn sesuatu yg membahagiakan..semoga kita terus kuat n tabah......InsyaAllah.....

    ReplyDelete
  7. maryam dpt lebih drpd abg eh? anak2 ni kadang2 uji kesabaran kita. mmg ada masa hlg sbr tp bila fikir semula tak baiknya ada rasa mcm tu. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. alahai abg yusof..terharunye tgk pilihan die..memang tak banyak songeh jadi orang..tgk muke pun dah tau..

    maryam takpe..die sgt cerdik dan rajin..kene support die sebab motivasi die tinggi mcm ibu die jugak!

    p/s: anak2 dan besar senang diatur kak..yg kecik2 setahun due tu aklau berguling kene macam paksu Muhammad mase kecik2..hangin sebadan si kakak bawak jalan..heheh

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...