Follower

Wednesday, January 18, 2012

HOMEMADE TOM YAM PASTE

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Air tangan ibu yang tak seberapa..


Homemade Tom Yam Paste..


RESEPI PES TOMYAM
Sumber : SINI

Bahan-bahannya:

5 ulas bawang merah
2 biji cili merah
5 biji cili kering
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu udang kering
3 helai daun limau purut
1 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam


 Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. 

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. 

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.. 


 Hasil campak-campak..

Limau nipis tak ada, daun ketumbar tak ada, serba kurang.. nampak cair pula tu.. Nanti-nanti ibu nak cuba buat betul-betul ikut resepi. Kalau jadi, bolehlah kongsi di sini resepinya.. :D

Ps: Tom yam ni peberet anakanda Yusuf.. Anda semua macammana, suka tom yam tak?


19 comments:

  1. tq kongsi respei... gmbar nmpak menark... lapar ni

    ReplyDelete
  2. anak2 akak pun suka tomyam..biasanya beli pes yg dah siap jer.

    ReplyDelete
  3. Saya bolehlah layan tomyam tapi gitu-gitu je, suami saya lagi ler tak suka tomyam..huhu

    ReplyDelete
  4. wah,sis buat perencah tomyam sendiri:) nanti mood rajen2 boleh la nana try buat...^-^

    nana suka jugak tomyam,semua2 lah nana suka,hehe....

    ReplyDelete
  5. Akak & anak-anak memang suka tom yam tapi tak pernah buat pes sendiri. Lepas ni bolehlah cuba. T kasih Zefa sudi berkongsi resipi

    ReplyDelete
  6. bagus kan buat perencah sendiri.. x perlu beli yg dlm peket, byk msg..

    ReplyDelete
  7. suka lebih-lebih lagi bila time kurang selera. boleh cuba resepi ni nanti selalu beli yg ready made je..

    saya tag JM dalam GA di bawah ni..

    http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/01/kellys-life-giveaway-just-for-fun.html

    ReplyDelete
  8. wow cili n dauh limau purut tu deco yg menarik..

    sy sgt suka tomyam tp jarang buat sbb en suami dan Aiman tak suka sgt..

    ReplyDelete
  9. serius zefa..nampak sedap! saya tak pandai buat tom yam kalau takde perencah ready-made..

    ReplyDelete
  10. Lepas ni Zefa boleh komersialkan pes ni.... mana tahu boleh tembus pasaran dunia... :)

    p/s: Nida tak pernah pula buat pes sendiri, selalu main pakai beli jer... boleh cuba lepas ni..hehe. Thanks berkongsi resipi.

    ReplyDelete
  11. Apa yang tak seberapanya.....janji air tangan kita kan

    ReplyDelete
  12. macam tau2 je ibu ni... izan mmg cari cara nak buat pes tomyam ni. mmg fevret satu family...

    mekasih kerana berkongsi!

    ReplyDelete
  13. nyum...nyum....nyum..kalah master chef nie....

    ReplyDelete
  14. menarik nih..nanti nak try la buat sendiri..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...