Follower

Monday, January 9, 2012

DISERANG KLIEN MABUK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tak banyak rasanya ibu berkongsi cerita tentang gelagat klien-klien ibu. Kalau tak silap baru sekali melalui entry Gelagat Klienku: Macam-macam ada..

Harini berlaku satu insiden yang ibu rasa nak rakamkan di Jemari Asmara. Tengahari tadi, pejabat ibu didatangi oleh seorang klien yang sedang mabuk. Mula-mula ibu tak perasan, tapi tiba-tiba seorang pegawai lain minta ibu cepet-cepat kunci pintu bilik sebab bilik ibu depan sekali selepas kaunter. Masa ibu bangun nak mengunci pintu, klien tu ternampak ibu dan meluru ke arah ibu. Alhamdulillah, ibu sempat tekan tombol pintu bilik ibu.

Dah tu, boleh dia hogah pintu bilik ibu. Siap ketuk-ketuk cermin.. Macam-macam dia bebel, kejap cakap orang putih, kejap cakap orang hitam.. Hi hi.. Yang ibu dengar cuma; "Puan Zefa,  i want to see you".. Terkejut juga ibu dia nak jumpa, sebab diani kaunselornya pegawai lain.

 Ibu ambil keputusan tak buka pintu atas alasan keselamatan, dah la masatu masa rehat, ramai staff lelaki dah keluar. Alhamdulillah, lepas beberapa minit muncul anah buah ibu. Entah apa ro re ro re mereka bercakap dalam bahasa Tamil. Tahu-tahu klien tu dah dibawa keluar dari pejabat oleh beberapa staf lelaki. Fuhh!! Lega..


Sempat lagi snap gambar di balik cermin..

Ps: Ibu Yusuf bukan kaunselor ye, sekadar seorang kakitangan awam biasa yang memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada yang memerlukan.. :D



19 comments:

  1. assalamualaikum...
    ooo awal2 dah bagi tau awk bukan kaunselor ye.. ehehe.. kalau tidak nani pun nak tanya.. hehehe.. mintak kepastian bertanya tak per kan.. :P

    mmg teruk kalau dapat kaki mabok ni.. hari tu kan kat opis nani, entah apa ribut apa taufan kan, bos nani balik la opis, biasanya mmg nani tak pernah tengok dia camtu.. tetiba nampak muka merah, telinga merah.. jalan pun melelong.. so terdetik, rupanya dia mabok.. ya allah.. punya la takot.. dah la dlm opis tu cuma nani ngan dia je.. sib baik la dia dok dlm bilik dia je.. mmg takot sangat.... tak bercakap nani ngan dia time tu.. sbb nani mmg takot kalau org mabok.. pernah dulu2 nani exciden ngan pemandu mabok.. so dah fobia.. tapi since nani keje kat situ 7 yrs, itu la pertama kali nani nampak dia mabok tau.. takot.. mintak di jauhkan la..

    ReplyDelete
  2. Salam zefa.selamat tahun baru 2011!
    Klu kena camtu punya kes..takut gakkan?sibbek sempat kunci pintu...

    ReplyDelete
  3. hihi. dia ada masalah tuh tp xkena cara.

    ReplyDelete
  4. ishh seramnya..nasib akak sempat kunci pintu kan..

    ReplyDelete
  5. macam2 ada,betul ke dia mabuk?seram jer dengar.dlm keadaan kalut smpt tu snap pic.hehe

    ReplyDelete
  6. akakpun pnah didatangi org 'psiko', terpaksa call IPD berdekatan minta bantuan

    ReplyDelete
  7. isk..takutnya ada klien camtu..sib akak cepat kunci pintu..huhu cam ni pun ada ek..

    ReplyDelete
  8. eee..takut nyer.Nasib baik opis saya ada pak guard yg perkasa.hehee

    ReplyDelete
  9. huhu, mesti cuak juga masa tu ya..

    kalau saya kecut perut juga takut dia boleh masuk...hehe

    ReplyDelete
  10. uiii..menakutkan..

    nasib baik sempat tekan tombol tu..

    ReplyDelete
  11. ish, takut juga kalau kena serang macam ni. Mujur k.zefa sempat kunci pintu dan tak apa-apa. Seramnya....

    ReplyDelete
  12. Adehhh, kalau myra pun mau ketaq lutut..
    Risau kan kak :)

    ReplyDelete
  13. huhuu bahaya gak ni... nsb ank buah ibu maryam cpt smpai kan..

    ReplyDelete
  14. menakutkan....agaknya kalau akak dh trjerit2 dlm bilik tu....he.he.he...

    ReplyDelete
  15. ayooo ini sudah bahaya ooo... sib jugak cpt2 lock pintu...

    ReplyDelete
  16. kalau akak dalam situasi tu pucat juga muka akak... bedak debuk x terkiralah jawabnya...

    ReplyDelete
  17. Ya Allah.. mesti berdebarkan Zefa ketika tu. Teringat kisah Nida kena serang dengan pelajar "mabuk"... mengggil rasa satu badan masa tu.

    Nasib baik Zefa takde apa-apa2.... Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan andai kita memilih untuk bekerja kan.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah... selamat ibu maryam dengan yusuf ni.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...